Friday, 27 May 2011

BERMAIN DENGAN NOMBOR

1. Rakan anda dikehendaki memilih satu nombor antara 1 hingga 9.
2. Kalkulator perlu digunakan untuk permainan ini.
3. Minta rakan anda lakukan pengiraan berikut:
    NOMBOR YANG DIPILIH   X   7  X  3  X  11  X  37  X  13  =  JAWAPAN
4. Sebagai contoh, jika rakan anda memilih nombor 4, kira-kiranya adalah seperti berikut:   
    4  X  7  X  3  X  11  X  37  X  13  = 444444
    Jawapan yang diperolehi ialah 444444
5. Apabila rakan anda memberikan jawapan 444444, beritahu kepadanya nombor yang dipilihnya ialah 4.


Keterangan: Setiap kali melakukan pengiraan di atas, jawapan yang  diperolehi mestilah 6 digit angka yang dipilih pada awal permainan ini. ( 4  =  444444)
1.    

Thursday, 26 May 2011

MENANGGUH MELAKUKAN AMALAN/PERBUATAN BAIK

Jika kita menangguh untuk melakukan amal perbuatan yang baik ke suatu masa yang akan datang atau menantikan kesempatan yang lebih baik untuk melakukannya, kita sebenarnya telah mensia-siakan masa kita. Akibatnya nanti kita mendapat kerugian yang besar di akhirat. Perubatan semacam ini jelas menandakan kebodohan yang mempengaruhi jiwa kita.

Kebodohon itu disebabkan:

1. Kerana kita dilalaikan dengan kehidupan dunia, dan mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan akhirat pada hal (negeri) akhirat itu lebih baik bagi kita. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Anaam, ayat 32:

وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬‌ۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ‌ۗ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ

Maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

2. Belum pasti kita mempunyai kesempatan untuk melakukannya atau kemungkinan kita mati sebelum sempat melakukannya.

3. Kemungkinan niat dan hasrat hati kita itu menjadi lemah, berubah atau tidak mahu lagi melakukannya.

Kata pujangga Arab,

 “ Jangan menunda sampai esok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”
“ Waktu sangat berharga, jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga”

Kesimpulan:

1. Pastikan dari sekarang kita banyak melakukan amal soleh dan membuat kebajikan,

2. Janganlah kita berangan-angan untuk menangguh melakukan perbuatan baik yang kita hendak lakukan pada hari ini ke satu hari yang lain.

3. Rebutlah peluang membuat kebajikan semasa kita masih berkesempatan untuk melakukannya,

4. Disamping kita melakukan urusan dunia, janganlah abaikan urusan untuk akhirat,

5. Jika kita mengutamakan urusan akhirat, Allah S.W.T. akan mencukupkan  kehendak duniawi kita.

MIMPI YANG TIDAK ELOK

Sekiranya anda bermimpi sesuatu yang tidak elok atau sesuatu yang menakutkan, hendaklah lakukan perkara berikut sebaik-baik sahaja anda terjaga dari tidur:
1.      Ludah ke kiri (tanpa mengeluarkan air liur) sebanyak tiga kali,
2.      Memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan dan perkara-perkara buruk yang dilihat dalam mimpi. Membaca, sebanyak tiga kali:    أعوذ بالله 
3.      Lebih baik bangun untuk melakukan solat,
4.      Sekiranya anda hendak sambung tidur, ubah kedudukan tidur anda,
5.      Jangan menceritakan mimpi anda kepada orang lain,
6.      Jangan cuba mentafsirkan mimpi anda.