Sunday, 5 June 2011

KURNIAAN ALLAH S.W.T. KEPADA NABI DAUD A.S.

1.      Nabi Daud A.S. dikurniakan Allah S.W.T. jawatan sebagai pemerintah dan juga rasul yang menyeru umatnya supaya berpegang dengan agama Allah S.W.T.
2.      Baginda ialah seorang raja bagi kaum Bani Israel dan megasaskan pembinaan  Bandar Baitul-Muqaddis.
3.      Baginda mempunyai bala tentera yang cukup ramai dan lengkap dengan alat senjatanya.
4.      Nabi Daud A.S. ialah seorang yang  “kuat” dalam mentaati Allah S.W.T. dan dalam beramal ibadah. Sila rujuk Al-Quran, surah Sod ayat 17.
5.      Dalam sebuah hadith yang sahih, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, maksudnya: “sembahyang yang paling disukai Allah S.W.T. ialah sembahyang Nabi Daud A.S. Dia tidur pada tengah malam lalu bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperenam malam. Dan dia puasa sehari dan berbuka sehari……”
6.      Allah S.W.T. menganugerahkan Nabi  Daud A.S. dengan tiga “kurnian” yang besar seperti yang tersebut dalam Al-Quran, ayat 10 surah Saba, yang bermaksud, “Dan demi sesugguhnya kami telah memberikan kepada Daud limpah kurnia dari kami (sambil kami berfirman): “hai gunung-ganang! Ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Daud, dan wahai burung-burung (bertasbilah bersam-sama denganya)” dan kami juga telah melembutkan besi baginya.”
7.      Adapun suara Nabi Daud A.S. itu lunak dan lembut serta bergetar dan sangat merdu sehingga terpesona sesiapa yang mendengarnya, termasuklah gunung-ganang dan burung-burung.
8.      Allah S.W.T. mengarahkan gunung-ganag bertasbih bersama Nabi Daud A.S. pada waktu petang sebelum matahari terbenam dan setiap pagi menjelang matahari terbit. Adapun cara gunung-ganang  itu bertasbih mensucikan Allah S.W.T. adalah mengikut caranya yang tersendiri. Sila rujuk Al-Quran, surah Sod ayat 18.
9.      Allah S.W.T. juga memerintahkan burung-burung supaya berkumpul dan berhenti di awang-awangan seraya mengembangkan sayapnya untuk bertasbih bersama dengan Nabi Daud A.S. setiap kali burung-burung itu melintasi udara di mana Nabi Daud A.S. sedang bertasbih. Sila rujuk Al-Quran, surah Sod ayat 19.
10.  Allah S.W.T. menjadikan logam daripada besi menjadi  lunak apabila dipegang oleh tangan Nabi Daud A.S. Besi itu boleh menjadi bagaikan tepung yang telah diuli bagi memudahkan Nabi Daud A.S. membuat apa sahaja yang dikehendakinya tanpa menggunakan api sebagai bahan pembakar atau penukul besi sebagai alat pengetuk.
11.  Nabi Daud A.S. ialah orang yang pertama sekali yang pandai membuat baju besi  dengan cara tenunan.
12.  Selain itu, Allah S.W.T. juga telah mengurniakan Nabi Daud A.S. sebuah kerajaan yang kuat dan boleh menangkas musuh-musuhnya.
13.  Nabi Daud A.S. juga dikurniakan hikmah (kebijaksanaan) dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan kepintaraan yang boleh mengadali orang-orang yang bersengketa.

No comments:

Post a Comment