Sunday, 5 June 2011

MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Firman Allah S.W.T. dalam surah Ar-Rum ayat 21:
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Diantara tanda-tanda yang menbuktikan kekuasaan dan rahmatNya ialah bahawa Ia menciptakan untuk kamu (lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesera dengannya. Dijadikan dalam kalangan kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada hal yang sedemikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.
Rumahtangga yang bahagia ialah idaman setiap insan. Manusia diciptakan daripada lelaki dan wanita supaya mereka mendirikan rumahtangga dan hidup mesera, bersenang hati, mempunyai  sifat belas kasihan , berkasih sayang dan membentuk keluarga bahagia.
Islam menggariskan ciri-ciri yang perlu dipatuhi agar matlamat untuk hidup bahagia tercapai dan keluarga kita hidup dalam keredhaan Allah S.W.T. serta mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Diantara ciri-cirinya ialah:
1.      Setiap anggota keluarga mestilah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. dan mematuhi perintah Rasulullah S.A.W.,
2.      Rumahtangga mestilah diketuai oleh suami,
3.      Segala urusan yang memerlukan keputusan mestilah dilakukan secara bermesyuarat,
4.      Sentiasa berada dalam ketenangan, tidak kedengaran suara jeritan atau bising dan hingar-bingar yang tidak menentu,
5.      Bersifat sederhana dalam segala hal. Tidak boros dalam soal berbelanja dan bersifat “qana’ah” iaitu berpada dengan apa yang ada,
6.      Pemurah dan tidak mementingkan diri sendiri,
7.      Rumahtangga hendaklah sentiasa bersih dan selesa, dan
8.       Terdapat tatacara yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota keluarga melalui kegiatan harian disamping pembahagian tugas dalam kalangan ahli keluarga. Tugas harian dalam rumahtangga mestilah dipikul bersama oleh suami, isteri dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment