Cara Menyimpan Ubat Dengan Selamat
1. Jauhkan ubat dari kanak-kanak (simpan di dalam bekas/kabinet yang tidak boleh dicapai oleh mereka)
2. Pastikan di mana ubat itu perlu disimpan. Sesetengah ubat perlu disimpan dalam peti sejuk. Yang lainnya boleh disimpan di tempat yang kering dan dingin di dalam rumah anda.
3. Dilarang simpan ubat dalam bilik mandi, dekat sinki, di atas tingkap, atau di dalam kereta kerana boleh merosakkan ubat.
4. Simpat ubat di dalam pembalut yang asal untuk mengelakkan kesilapan ketika anda memerlukannya.
Bagaimana Menggunakan Ubat Dengan Selamat
Anda perlu tahu:
a. Nama ubat (nama generik)
b. Bagaimana ubat boleh membantu anda
c. Berapa banyak dan berapa kerap anda harus mengambilnya
d. Berapa lama anda boleh mengambil ubat itu
e. Kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa mengambil ubat
f. Ubat anda hanyalah untuk anda sendiri dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain
g. Bagaimana menyimpan ubat anda di tempat yang selamat
h. Ubat tidak boleh digunakan selepas luput tarikhnya ataupun setelah rosak (contohnya bertukar warna, berbau, hilang bentuk asal.)
Jika anda mengambil ubat sendiri, anda perlu tahu:
a. Bila anda perlu berjumpa doktor.
Jika anda mengambil ubat yang diarahkan oleh doktor,
a. Beritahu doktor anda sekiranya anda mengandung, merancang untuk mengandung atau menyusukan bayi.
b. Beritahu doktor anda sekiranya anda ada alahan pada ubatan.
c. Beritahu doktor anda sekiranya anda berpuasa atau sedang mengamalkan pemakanan yang khusus.
d. Beritahu doktor anda sekiranya anda ada mengambil sebarang ubat (termasuklah suplemen kesihatan, ubat ‘OTC’ atau ubat tradisional.)
e. Beritahu doktor sekiranya anda ada masalah kesihatan lain.
No comments:
Post a Comment