Friday, 17 June 2011

BERAKHLAK KEPADA ALLAH S.W.T.

Sebagai seorang hamba Allah S.W.T., kita hendaklah mempunyai akhlak yang baik terhadap Allah S.W.T. kerana Dialah yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Dialah yang memberikan kita berbagai-bagai nikmat yang tidak terdaya untuk kita membalasnya. Justeru kita hendaklah:

1.      Mengenali sifat-sifat Allah dengan yakin,
2.      Merasakan kebesaran Allah,
3.      Merasa takut akan azab Allah,
4.      Merasakan diri kita ini sentiasa diawasi Allah,
5.      Merasa rendah diri terhadap Allah,
6.      Sabar atas setiap ujian Allah,
7.      Sentiasa mengingati Allah,
8.      Mencintai Allah lebih daripada yang lain,
9.      Meredhai setiap takdir dan ketentuanNya,
10.  Mengharapkan rahmatNya,
11.  Bertawakal kepada Allah, dan
12.  Rindu kepada syurga dan pertemuan denganNya.

Tuesday, 14 June 2011

PAKAIAN UNTUK WANITA ISLAM

Firman Allah S.W.T. dalam suran An_Nur ayat 31:
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka.
Aurat wanita Islam ialah seluruh badan kecuali yang sangat perlu dalam pekerjaan seharian seperti muka dan tapak tangan. Oleh itu seseorang wanita Islam wajib memakai pakaian yang menutup auratnya. Selain itu pakaian hendaklah:
a.     tidak terlalu nipis sehingga menampakkan warna kulit,
b.     tidak ketat sehingga menampak bentuk badan, dan
c.      tudung pula perlu dilabuhkan melebihi paras dada.
Seseorang wanita tidak salah memakai pakaian yang berfesyen asalkan menepati adab berpakaian yang digariskan oleh syarak.

Friday, 10 June 2011

BERMAIN DENGAN NOMBOR

Minta rakan anda fikirkan satu nombor dan melakukan kira-kira berikut dengan nombor itu:
NOMBOR YANG DIFIKIRKAN + 20 X 4/2 – NOMBOR YANG DIFIKIRKAN = JAWAPAN
Contoh: Jika rakan anda pilih no 43
(43+20 X 4/2 – 43 = 83)

Untuk meneka nombor yang difikirkan oleh rakan anda:
Tolak JAWAPAN yang diberi (83) dengan angka 40. Anda akan dapat memberikan NOMBOR YANG DIFIKIRKAN oleh rakan anda.
(83 – 40 = 43)
Anda boleh mencuba dengan nombor-nombor lain. Setiap kali mendapat jawapan, hendaklah diTOLAK dengan 40.

Thursday, 9 June 2011

SEBELUM TIDUR

a.       Pastikan anda dalam keadaan berwuduk.
b.      Membaca bismillah.
c.       Mengucap dua kalimah syahadah.
d.      Membaca ayat kursi.
e.       Membaca 3 Qul (surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas).
f.       Hembus nafas sebanyak-banyaknya pada kedua tapak tangan.
g.      Usap kepala, muka, hadapan badan, kedua-dua tangan, kaki hingga hujug jari kaki.
h.      Ulangi perbuatan (e) hingga (g) sehingga tiga kali.
i.        Membaca bismillah 21 kali.
j.        Mengampunkan kesalahan semua orang terhadap diri kita pada hari ini.
k.      Membaca doa sebelum tidur:

 "Bismikallah humma ahya wa amut"
(Ya Allah ya tuhanku, dengan namaMu aku hidup dan dengan namaMu aku mati)

l.        Baring menghadap ke kanan dengan meletakkan pipi kanan di atas tapak tangan kanan.
m.    Berzikir sehingga anda tertidur.

Wednesday, 8 June 2011

IRI HATI YANG DIBENARKAN

Dari Ibnu Mas’ud R.A., Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-sebenarnya, dan kedua, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. ilmu pengetahuan agama, lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.” Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi.
Pelajaran yang kita dapati dari hadith ini ialah, kita TIDAK boleh mempunyai sikap iri hati kepada seseorang apabila melihat orang itu memiliki sesuatu kelebihan yang tidak ada pada diri kita.  Sebagai contoh kita tidak boleh beriri hati jika seseorang itu memilikki harta yang banyak, atau seseorang itu berjawatan tinggi atau seseorang itu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sedangkan kita tidak memilikki semuanya itu. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.
Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada pada kita dan berikhtiar untuk mencari yang selebihnya. Jangan sekali-kali kita bersikap iri hati kerana semuanya itu datang dari Allah S.W.T. Tetapi kita boleh beriri hati jika melihat:
a.       Seorang kaya yang tidak membazir dengan hartanya, tidak kedekut, tidak tamak dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menghabiskan hartanya untuk membantu orang yang memerlukan bantuan dan ianya membelanjakan hartanya hanya kepada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
b.      Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama dan manghabiskan masanya melakukan amal ibadah dengan sebaiknya, menghindari perbuatan yang dilarang Allah S.W.T. dan sanggup menyampaikan ilmu pengetahuan agamanya demi untuk menegakkan syiar Islam.
Kita hendaklah beriri hati terhadap sifat dua kumpulan hamba Allah yang disebutkan di atas dan berdoa memohon taufik dan hidayah dari Allah S.W.T. agar kita memiliki sifat yang demikian demi untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

Monday, 6 June 2011

UBAT : CARA MENYIMPAN/MENGGUNAKAN DENGAN SELAMAT

Cara Menyimpan Ubat Dengan Selamat

1.      Jauhkan ubat dari kanak-kanak (simpan di dalam bekas/kabinet yang tidak boleh dicapai oleh mereka)
2.      Pastikan di mana ubat itu perlu disimpan. Sesetengah ubat perlu disimpan dalam peti sejuk. Yang lainnya boleh disimpan di tempat yang kering dan dingin di dalam rumah anda.
3.      Dilarang simpan ubat dalam bilik mandi, dekat sinki, di atas tingkap, atau di dalam kereta kerana boleh merosakkan ubat.
4.      Simpat ubat di dalam pembalut yang asal untuk mengelakkan kesilapan ketika anda memerlukannya.

Bagaimana Menggunakan Ubat Dengan Selamat
Anda perlu tahu:
a.       Nama ubat (nama generik)
b.      Bagaimana ubat boleh membantu anda
c.       Berapa banyak dan berapa kerap anda harus mengambilnya
d.      Berapa lama anda boleh mengambil ubat itu
e.       Kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa mengambil ubat
f.       Ubat anda hanyalah untuk anda sendiri dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain
g.      Bagaimana menyimpan ubat anda di tempat yang selamat
h.      Ubat tidak boleh digunakan selepas luput tarikhnya ataupun setelah rosak (contohnya bertukar warna, berbau, hilang bentuk asal.)
Jika anda mengambil ubat sendiri, anda perlu tahu:
a.        Bila anda perlu berjumpa doktor.
Jika anda mengambil ubat yang diarahkan oleh doktor,
a.       Beritahu doktor anda sekiranya anda mengandung,  merancang untuk mengandung atau menyusukan bayi.
b.      Beritahu doktor anda sekiranya anda ada alahan pada ubatan.
c.       Beritahu doktor anda sekiranya anda berpuasa atau sedang mengamalkan pemakanan yang khusus.
d.      Beritahu doktor anda sekiranya anda ada mengambil sebarang ubat (termasuklah suplemen kesihatan, ubat ‘OTC’ atau ubat tradisional.)
e.       Beritahu doktor sekiranya anda ada masalah kesihatan lain.

Sunday, 5 June 2011

KURNIAAN ALLAH S.W.T. KEPADA NABI DAUD A.S.

1.      Nabi Daud A.S. dikurniakan Allah S.W.T. jawatan sebagai pemerintah dan juga rasul yang menyeru umatnya supaya berpegang dengan agama Allah S.W.T.
2.      Baginda ialah seorang raja bagi kaum Bani Israel dan megasaskan pembinaan  Bandar Baitul-Muqaddis.
3.      Baginda mempunyai bala tentera yang cukup ramai dan lengkap dengan alat senjatanya.
4.      Nabi Daud A.S. ialah seorang yang  “kuat” dalam mentaati Allah S.W.T. dan dalam beramal ibadah. Sila rujuk Al-Quran, surah Sod ayat 17.
5.      Dalam sebuah hadith yang sahih, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, maksudnya: “sembahyang yang paling disukai Allah S.W.T. ialah sembahyang Nabi Daud A.S. Dia tidur pada tengah malam lalu bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperenam malam. Dan dia puasa sehari dan berbuka sehari……”
6.      Allah S.W.T. menganugerahkan Nabi  Daud A.S. dengan tiga “kurnian” yang besar seperti yang tersebut dalam Al-Quran, ayat 10 surah Saba, yang bermaksud, “Dan demi sesugguhnya kami telah memberikan kepada Daud limpah kurnia dari kami (sambil kami berfirman): “hai gunung-ganang! Ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Daud, dan wahai burung-burung (bertasbilah bersam-sama denganya)” dan kami juga telah melembutkan besi baginya.”
7.      Adapun suara Nabi Daud A.S. itu lunak dan lembut serta bergetar dan sangat merdu sehingga terpesona sesiapa yang mendengarnya, termasuklah gunung-ganang dan burung-burung.
8.      Allah S.W.T. mengarahkan gunung-ganag bertasbih bersama Nabi Daud A.S. pada waktu petang sebelum matahari terbenam dan setiap pagi menjelang matahari terbit. Adapun cara gunung-ganang  itu bertasbih mensucikan Allah S.W.T. adalah mengikut caranya yang tersendiri. Sila rujuk Al-Quran, surah Sod ayat 18.
9.      Allah S.W.T. juga memerintahkan burung-burung supaya berkumpul dan berhenti di awang-awangan seraya mengembangkan sayapnya untuk bertasbih bersama dengan Nabi Daud A.S. setiap kali burung-burung itu melintasi udara di mana Nabi Daud A.S. sedang bertasbih. Sila rujuk Al-Quran, surah Sod ayat 19.
10.  Allah S.W.T. menjadikan logam daripada besi menjadi  lunak apabila dipegang oleh tangan Nabi Daud A.S. Besi itu boleh menjadi bagaikan tepung yang telah diuli bagi memudahkan Nabi Daud A.S. membuat apa sahaja yang dikehendakinya tanpa menggunakan api sebagai bahan pembakar atau penukul besi sebagai alat pengetuk.
11.  Nabi Daud A.S. ialah orang yang pertama sekali yang pandai membuat baju besi  dengan cara tenunan.
12.  Selain itu, Allah S.W.T. juga telah mengurniakan Nabi Daud A.S. sebuah kerajaan yang kuat dan boleh menangkas musuh-musuhnya.
13.  Nabi Daud A.S. juga dikurniakan hikmah (kebijaksanaan) dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan kepintaraan yang boleh mengadali orang-orang yang bersengketa.

MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Firman Allah S.W.T. dalam surah Ar-Rum ayat 21:
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Diantara tanda-tanda yang menbuktikan kekuasaan dan rahmatNya ialah bahawa Ia menciptakan untuk kamu (lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesera dengannya. Dijadikan dalam kalangan kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada hal yang sedemikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.
Rumahtangga yang bahagia ialah idaman setiap insan. Manusia diciptakan daripada lelaki dan wanita supaya mereka mendirikan rumahtangga dan hidup mesera, bersenang hati, mempunyai  sifat belas kasihan , berkasih sayang dan membentuk keluarga bahagia.
Islam menggariskan ciri-ciri yang perlu dipatuhi agar matlamat untuk hidup bahagia tercapai dan keluarga kita hidup dalam keredhaan Allah S.W.T. serta mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Diantara ciri-cirinya ialah:
1.      Setiap anggota keluarga mestilah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. dan mematuhi perintah Rasulullah S.A.W.,
2.      Rumahtangga mestilah diketuai oleh suami,
3.      Segala urusan yang memerlukan keputusan mestilah dilakukan secara bermesyuarat,
4.      Sentiasa berada dalam ketenangan, tidak kedengaran suara jeritan atau bising dan hingar-bingar yang tidak menentu,
5.      Bersifat sederhana dalam segala hal. Tidak boros dalam soal berbelanja dan bersifat “qana’ah” iaitu berpada dengan apa yang ada,
6.      Pemurah dan tidak mementingkan diri sendiri,
7.      Rumahtangga hendaklah sentiasa bersih dan selesa, dan
8.       Terdapat tatacara yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota keluarga melalui kegiatan harian disamping pembahagian tugas dalam kalangan ahli keluarga. Tugas harian dalam rumahtangga mestilah dipikul bersama oleh suami, isteri dan anak-anak.

Wednesday, 1 June 2011

MENGUJI MINDA 4

Answer the following questions. Check your answers below.
1.      Take 5 bananas from 10 bananas. What do have?
2.      How many cm3 of soil are there in a hole measuring 10cm by 10cm by 20cm
that is made in the ground.
3.      Othman had 15 cows. All but 8 died. How many live cows were left?
4.      Divide 50 by half and add 50. What do you get?
5.      What is the result of multiplying 0 to all numbers from 1 to 10?
6.      How many 4-cents stamps are there in a dozen?
7.      Enter the last number: 3,  4,  7, 11, 18, ...
8.      Some months have 30 days, some have 31 days. How many months have 28 days?
9.      A plane crashed exactly on the Malaysia/Thailand border. Where do you think the survivors were buried?
10.  What do you call a calf after it is six months old?


ANSWERS
1.      5 bananas.
2.      0.
3.      8 live cows.
4.      150. (Dividing a number by half is the same as multiplying it by 2).
5.      0. (Any number multiplied by 0 will get 0).
6.      12.
7.      29. Reason: Add two previous numbers to get the next number. (3+4=7; 4+7=11….)
8.      All of them.
9.      You do not bury the survivors
10.  Seven months old

PERSIAPAN UNTUK HARI AKHIRAT

Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satu daripadanya ialah hidup sebelum mati. Hayat yang ada ialah peluang yang paling berharga bagi seorang hamba Allah. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kematian adalah ketentuan Allah dan merupakan penamat segala kehidupan serta penutup segala peluang untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Mulk, ayat 2:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ
Maksudnya:  “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Berkuasa lagi amat Pengampun.”
Selagi kita masih hidup, sama ada kita masih muda atau lebih-lebih lagi jikalau sudah tua hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari akhirat. Kita sewajarnya menumpukan perhatian dan masa untuk berbakti kepada Allah dan memperbaiki segala ibadat.
Seorang pemuda pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah S.A.W. siapakah insan yang paling baik?”.  Rasulullah S.A.W. menjawab, “orang yang panjang usianya dan baik amalannya”. Pemuda itu bertanya lagi, “Siapa pula insan yang paling keji?” Baginda menjawab,  “Orang yang panjang usianya tetapi jahat lakunya.”
Berikut ialah persiapan-persiapan yang sewajarnya kita lakukan kerana kita sepatutnya sedar bahawa usia ini akan berakhir pada bila-bila masa. Antaranya ialah:-
1)      Kita hendaklah meluangkan masa untuk belajar atau menuntut ilmu khasnya memastikan akidah dan amal ibadat kita sah menurut Islam. Amalan yang baik dapat menambah keberkatan hidup dan memanjangkan usia.
Rasulullah bersabda “ Tiada yang dapat menolak ketentuan takdir melainkan doa dan tiada yang dapat memanjangkan usia melainkan amal kebajikan.” (Imam Tarmizi)
2)      Memilih sahabat yang baik serta mampu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kita, membantu meningkatkan kefahaman terhadap agama serta berani menegur ketika kita melakukan kesilapan.
3)      Kita juga hendaklah selalu bertaubat dan berusaha mengembalikan hak kepada yang berhak serta memohon maaf dan memberi kemaafan sesama insan.
4)      Selalu berdoa mengharapkan pertolongan Allah S.W.T.
Kesimpulannya, kita harus mensyukuri nikmat usia yang dikurniakan Allah dengan meningkatkan ilmu, beramal soleh dan menghiasi kehidupan ini dengan akhlak yang mulia. Selain itu, kita perlu melazimi taubat kepada Allah S.W.T dan memohon doa agar sentiasa ditetapkan iman dan mencapai husnul khatimah. Janganlah kita sesekali lalai dengan kehidupan dunia yang hanya sementara. Sebaliknya ingatlah bahawa kehidupan akhirat jua yang abadi.

Friday, 27 May 2011

MANUSIA YANG DINAUNGI ALLAH PADA HARI KIAMAT

Hadith riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan Ibnu Majah:

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:, Sebilangan manusia yang dinaungi Allah dibawah naunganNya pada hari kiamat iaitu pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah, diantaranya ialah,

1. pemimpin yang adil,
(pemimpin, pemerintah atau ketua yang menjalankan tanggungjawabnya dengan adil kepada semua orang di bawah pemerintahannya)

2. orang muda yang sentiasa beribadah kepada Allah,
(orang yang dalam usia mudanya sudah mula rajin dan berterusan melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.)

3. orang yang sentiasa terpaut kepada masjid,
(orang yang rajn menunaikan solat fardunya di masjid)

4. dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
(dua orang sahabat yang berkawan bukan kerana kepentingan lain bahkan ikhlas kerana Allah S.W.T.)

5. seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah,
(orang lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik dan berharta tetapi tidak mengindahkannya kerana takut kepada kemurkaan Allah S.W.T.)

6. orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yabg diberi oleh tangan kanannya, dan
(orang yang memberi sedekah secara senyap-senyap tanpa diketahui orang lain)

7. seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(orang yang duduk bersendirian mengenangkan betapa azabnya di hari akhirat dan betapa sedikitnya amal ibadah yang dibawanya untuk menemui Allah lalu dia berasa takut sehingga berlinang air matanya keluar)

Marilah kita sama merenungkan kepada perkara di atas dan mengambil kesempatan untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang hidup dalam keredhaanNya dengan harapan kita mendapat naunganNya pada hari yang tidak ada siapa pun dapat menolong kita