Hadith riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan Ibnu Majah:
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:, Sebilangan manusia yang dinaungi Allah dibawah naunganNya pada hari kiamat iaitu pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah, diantaranya ialah,
1. pemimpin yang adil,
(pemimpin, pemerintah atau ketua yang menjalankan tanggungjawabnya dengan adil kepada semua orang di bawah pemerintahannya)
2. orang muda yang sentiasa beribadah kepada Allah,
(orang yang dalam usia mudanya sudah mula rajin dan berterusan melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.)
3. orang yang sentiasa terpaut kepada masjid,
(orang yang rajn menunaikan solat fardunya di masjid)
4. dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
(dua orang sahabat yang berkawan bukan kerana kepentingan lain bahkan ikhlas kerana Allah S.W.T.)
5. seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah,
(orang lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik dan berharta tetapi tidak mengindahkannya kerana takut kepada kemurkaan Allah S.W.T.)
6. orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yabg diberi oleh tangan kanannya, dan
(orang yang memberi sedekah secara senyap-senyap tanpa diketahui orang lain)
7. seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(orang yang duduk bersendirian mengenangkan betapa azabnya di hari akhirat dan betapa sedikitnya amal ibadah yang dibawanya untuk menemui Allah lalu dia berasa takut sehingga berlinang air matanya keluar)
Marilah kita sama merenungkan kepada perkara di atas dan mengambil kesempatan untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang hidup dalam keredhaanNya dengan harapan kita mendapat naunganNya pada hari yang tidak ada siapa pun dapat menolong kita
No comments:
Post a Comment