Hadith riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan Ibnu Majah:
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:, Sebilangan manusia yang dinaungi Allah dibawah naunganNya pada hari kiamat iaitu pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah, diantaranya ialah,
1. pemimpin yang adil,
(pemimpin, pemerintah atau ketua yang menjalankan tanggungjawabnya dengan adil kepada semua orang di bawah pemerintahannya)
2. orang muda yang sentiasa beribadah kepada Allah,
(orang yang dalam usia mudanya sudah mula rajin dan berterusan melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.)
3. orang yang sentiasa terpaut kepada masjid,
(orang yang rajn menunaikan solat fardunya di masjid)
4. dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
(dua orang sahabat yang berkawan bukan kerana kepentingan lain bahkan ikhlas kerana Allah S.W.T.)
5. seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah,
(orang lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik dan berharta tetapi tidak mengindahkannya kerana takut kepada kemurkaan Allah S.W.T.)
6. orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yabg diberi oleh tangan kanannya, dan
(orang yang memberi sedekah secara senyap-senyap tanpa diketahui orang lain)
7. seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(orang yang duduk bersendirian mengenangkan betapa azabnya di hari akhirat dan betapa sedikitnya amal ibadah yang dibawanya untuk menemui Allah lalu dia berasa takut sehingga berlinang air matanya keluar)
Marilah kita sama merenungkan kepada perkara di atas dan mengambil kesempatan untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang hidup dalam keredhaanNya dengan harapan kita mendapat naunganNya pada hari yang tidak ada siapa pun dapat menolong kita
pesanan tok bah buat anak cucu agar dapat dijadikan panduan untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Friday, 27 May 2011
BERMAIN DENGAN NOMBOR
1. Rakan anda dikehendaki memilih satu nombor antara 1 hingga 9.
2. Kalkulator perlu digunakan untuk permainan ini.
3. Minta rakan anda lakukan pengiraan berikut:
NOMBOR YANG DIPILIH X 7 X 3 X 11 X 37 X 13 = JAWAPAN
4. Sebagai contoh, jika rakan anda memilih nombor 4, kira-kiranya adalah seperti berikut:
4 X 7 X 3 X 11 X 37 X 13 = 444444
Jawapan yang diperolehi ialah 444444
5. Apabila rakan anda memberikan jawapan 444444, beritahu kepadanya nombor yang dipilihnya ialah 4.
Keterangan: Setiap kali melakukan pengiraan di atas, jawapan yang diperolehi mestilah 6 digit angka yang dipilih pada awal permainan ini. ( 4 = 444444)
1.
Thursday, 26 May 2011
MENANGGUH MELAKUKAN AMALAN/PERBUATAN BAIK
Jika kita menangguh untuk melakukan amal perbuatan yang baik ke suatu masa yang akan datang atau menantikan kesempatan yang lebih baik untuk melakukannya, kita sebenarnya telah mensia-siakan masa kita. Akibatnya nanti kita mendapat kerugian yang besar di akhirat. Perubatan semacam ini jelas menandakan kebodohan yang mempengaruhi jiwa kita.
Kebodohon itu disebabkan:
1. Kerana kita dilalaikan dengan kehidupan dunia, dan mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan akhirat pada hal (negeri) akhirat itu lebih baik bagi kita. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Anaam, ayat 32:
وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۗ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
2. Belum pasti kita mempunyai kesempatan untuk melakukannya atau kemungkinan kita mati sebelum sempat melakukannya.
3. Kemungkinan niat dan hasrat hati kita itu menjadi lemah, berubah atau tidak mahu lagi melakukannya.
Kata pujangga Arab,
“ Jangan menunda sampai esok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”
“ Waktu sangat berharga, jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga”
Kesimpulan:
1. Pastikan dari sekarang kita banyak melakukan amal soleh dan membuat kebajikan,
2. Janganlah kita berangan-angan untuk menangguh melakukan perbuatan baik yang kita hendak lakukan pada hari ini ke satu hari yang lain.
3. Rebutlah peluang membuat kebajikan semasa kita masih berkesempatan untuk melakukannya,
4. Disamping kita melakukan urusan dunia, janganlah abaikan urusan untuk akhirat,
5. Jika kita mengutamakan urusan akhirat, Allah S.W.T. akan mencukupkan kehendak duniawi kita.
MIMPI YANG TIDAK ELOK
Sekiranya anda bermimpi sesuatu yang tidak elok atau sesuatu yang menakutkan, hendaklah lakukan perkara berikut sebaik-baik sahaja anda terjaga dari tidur:
1. Ludah ke kiri (tanpa mengeluarkan air liur) sebanyak tiga kali,
2. Memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan dan perkara-perkara buruk yang dilihat dalam mimpi. Membaca, sebanyak tiga kali: أعوذ بالله
3. Lebih baik bangun untuk melakukan solat,
4. Sekiranya anda hendak sambung tidur, ubah kedudukan tidur anda,
5. Jangan menceritakan mimpi anda kepada orang lain,
6. Jangan cuba mentafsirkan mimpi anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)