Thursday, 19 May 2011

SIFAT HAMBA ALLAH YANG TERPUJI

Allah S.W.T.  menerangkan sifat-sifat  hambaNya yang bergelar  عِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰن “hamba Allah yang terpuji” di dalam surah Al-Furqan ayat 63 hingga 74, yang diringkaskan sebagai berikut, iaitu orang yang:
1.   Merendah diri, penuh tertib dan sopan santun. Berbicara dengan orang yang biadap dengan kata-kata yang baik. (ayat 63).
2.   Tekun melakukan ibadah seperti solat dan membaca Al-Quran pada waktu malam. (ayat 64)
3.   Menyakini adanya hari kiamat dan meminta dipelihara daripada azab neraka jahanam. (ayat 65 dan 66)
4.   Membelanjakan harta secara sederhana dan tidak bersifat kikir. (ayat 67)
5.   Tidak menyekutukan Allah, tidak membunuh dan tidak melakukan perzinaan. (ayat 68)
6.   Tidak mahu menjadi saksi palsu, tidak mahu bercakap kosong dan tidak menghadiri tempat maksiat. (ayat 72)
7.   Mendengar nasihat-nasihat dari ayat Al-Quran. (ayat 73)
8.   Mengasihi isteri, anak dan keturunan dan mendoakannya. (ayat 74) 


Orang-orang yang memiliki sifat-sifat tersebut akan mendapat pembalasan yang sebaik-baiknya dari Allah S.W.T. sebagimana yang terdapat dalam ayat 75 dan 76. Pembalasannya berupa:
1.      Mendapat kedudukan yang tertinggi di syurga dan diberi penghormatan, keselamatan dan kebahagian. (ayat 75)
2.      Menetap di kediaman yang sebaik-baiknya di syurga yang kekal selama-lamanya. (ayat 76)
Sehubungi itu marilah kita sama-sama berusaha dan beristiqamah agar dapat memiliki sifat  “hamba Allah yang terpuji” dengan harapan agar kita dikasihi oleh Allah S.W.T. dan disenangi oleh masyarakat.

No comments:

Post a Comment