SEBELUM MAKAN
1. Makan yang halal sahaja. Maksud halal hendaklah:
a) makanan itu datang dari punca pendapatan yang halal, dan
b) makanan itu sendiri mestilah barang/bahan yang halal dimakan.
2. Membasuh tangan sebelum makan.
3. Meletakkan makanan di atas alas, seperti saperah.
4. Tetap duduk memakan dari awal hingga akhir. Makruh makan berdiri, bersandar atau berbaring.
5. Berniat makan untuk kuat berbuat taat kepada Allah, bukannya makan untuk bersedap-sedap.
6. Redha dengan apa saja makanan yang ada.
7. Makan beramai-ramai (bersama-sama keluarga/anak isteri) untuk mendapat keberkatan.
ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM
1. Memulai makan dengan membaca bismillah dan doa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Ya Allah berkatilah rezki yang Engkau berikan kepada kami dan pelharalah kami dari azab api neraka)
2. Memakan dengan tangan kanan.
3. Memulakan makan dan akhirkan makan dengan memamah sedikit garam.
4. Mengecilkan suap dan mengunyah makanan sehingga lumat.
5. Jangan mengambil suap kedua sebelum menelan suap yang pertama.
6. Jangan mencela makanan. Jika tidak gemar, jangan dimakan.
SELEPAS MAKAN
1. Menyebut alhamdulillah dan membaca doa:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
(Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim)
No comments:
Post a Comment