Monday, 9 May 2011

BERMAIN DENGAN NOMBOR

Mari bermain dengan nombor:
1.      Minta rakan anda fikirkan satu nombor (nombor rahsia) dan membuat kira-kira berikut:

NOMBOR RAHSIA  X  2  +  2  X  5  +  5 = JAWAPAN

2.      Kemudian minta dia memberikan kepada anda jawapannya. Sebagai contoh, jika jawapan yang diberi itu ialah 135,  katakan kepadanya anda boleh meneka dengan tepat nombor rahsia itu.

3.      Untuk mencari nombor rahsia itu anda perlu melakukan langkah-langkah yang berikut:

a)      Buang nombor  5  di hujung angka jawapan:
135  BUANG  5 = 13
(perhatian: semua jawapan akan berakhir dengan nombor 5),

b)      Sekarang nombor yang tinggal itu ialah 13,

c)      TOLAK  1  daripada nombor yang tinggal  (13 – 1 = 12),

d)     Jawapannya: NOMBOR RAHSIA ITU IALAH  12

e)      Anda boleh menyemak kira-kira itu semula:
12  X  2  +  2  X  5 +  5  =  135

4.      Lakukan sendiri kira-kira yang tersebut supaya anda mahir mencari jawapan:

a)      25 X 2 + 2 X 5 + 5 = 265
265 BUANG 5  = 26 – 1 = 25

b)     44 X 2 + 2 X 5 + 5 = 455
455 BUANG 5 = 45 – 1 = 44

No comments:

Post a Comment