Thursday, 19 May 2011

KAEDAH BELAJAR YANG BERKESAN

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Selain dari itu pastikan anda adalah seorang anak yang disenangi oleh ibu bapa anda. Ingat! “Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.” 
Berikut merupakan kaedah belajar yang berkesan untuk menghadapi dunia peperiksaan:

1.   Membaca doa setiap kali mula belajar.
2.   Gunakan kesempatan yang ada dan tidak mensia-siakan masa.
3.   Membawa buku ke mana sahaja anda pergi.
4.   Gunakan masa awal pagi untuk mengulangkaji.
5.   Buat nota ringkas untuk mengulangkaji saat akhir.
6.   Adakan jadual dan patuhi jadual sepenuhnya.
7.   Mencuba soalan-soalan tahun lalu.
8.   Ulang sebanyak kali yang boleh.
9.   Sentiasa menanya jika tidak faham.
10. Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah.
11. Mengadakan “group study”.
12. Rapatkan diri kamu dengan kawan-kawan yang suka belajar.
13. Jadikan diri anda sebagai model dalam rumah.
14. Imbangkan masa kokurikulum dan akademik.
15. Belajar mengikut rentak sendiri.
16. Renungkan diri mengapa anda perlu belajar.
17. Elakkan ganguan emosi.
18. Kurangkan kerja rumah tangga apabila hampir waktu peperiksaan.
19. Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda.
20. Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan.
21. Terokai bakat dan minat anda.

Belajar adalah satu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut, anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran.
1

No comments:

Post a Comment