Wednesday, 11 May 2011

PERSEDIAAN SEBELUM SOLAT

Selepas mengambil WUDUK dan membaca doanya, lakukan perkara-perkara yang berikut sebelum anda SOLAT:

a)      Mengetahui WAKTU SOLAT dan ya’kin sudah masuk waktunya,
b)      Suci dari hadas besar atau kecil,
c)      Tiada najis pada badan, pakaian dan tempat solat,
d)     Menutup aurat:
i)                    Bagi Lelaki – antara pusat dan lutut (namun begitu hendaklah memakai pakaian yang sempurna kerana kita hendak menghadap Allah S.W.T.),
ii)                  Bagi Perempuan – seluruh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan dan belakang tapak tangan,
e)      Berdiri menghadap Kiblat.
f)       Membaca surah An-Nas supaya terpelihara daripada was-was dan godaan iblis dan syaitan yang sentiasa menyelinap/menyorok dalam hati kita,
g)      Hadirkan hati kita kepada Allah S.W.T.  – telek dengan mata hati seolah-olah kita berada di hadapanNya. Allah S.W.T. tidak terima solat seseorang kecuali hatinya hadir kepadaNya,
h)      Bersikap merendah diri dan menghina diri kita terhadap Allah S.W.T.,
i)        Menganggapkan solat ini ialah solat yang yang terakhir bagi kita.

Apabila kita sudah melaksanakan (a) – (i), barulah kita Kamat untuk memulakan solat.

No comments:

Post a Comment