Dalam permainan ini anda boleh meneka dengan tepat Hari dan Bulan kelahiran rakan anda. Caranya ialah, minta rakan anda lakukan kira-kira beikut:
1. Gandakan hari kelahirannya
2. Tambah dengan angka 5.
3. Darab dengan 50.
4. Tambah dengan bulan kelahirannya,
5. Berikan jawapannya kepada anda.
6. Sebagai contoh: Hari/Bulan kelahirannya ialah 18hb Oktober (bulan 10):
a) 18 (gandakan) X 2 + 5 X 50 + 10 = 2060
b) Jawapan 2060 hendaklah diberikan kepada anda.
7. Untuk menekanya, anda perlu lakukan kira-kira berikut:
a) Tolak jawapan yang diberikan dengan angka 250 (2060 – 250 = 1810)
b) Jawapan yang anda perolehi ialah 1810
c) Dua angka pertama (18) ialah hari kelahirannya.
d) Dua angka terakhir ialah (10) bulan kelahirannya.
e) Bermakna rakan anda dilahirkan pada 18 hb Oktober!
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment