Thursday, 12 May 2011

SUJUD SYUKUR

1.      Sujud syukur ialah sujud kerana berterima kasih (bersyukur) kepada Allah S.W.T.
2.      Sujud syukur sunat dilakukan oleh seseorang ketika mendapat:
a)      nikmat iaitu sesuatu yang menggembirakan  (contoh: kelahiran anak, mendapat keputusan peperiksaan, berjaya masuk ke IPT, mendapat pekerjaan dan lain-lain lagi), ATAU,
b)      terselamat dari bala bencana; dari kesusahan atau mendapat kembali sesuatu yang telah hilang (contoh: terselamat dari kemalangan, sembuh dari penyakit, selamat tiba ke destinasi semasa dalam perjalanan jauh dan lain-lain lagi).
3.      Sujud syukur boleh dilakukan sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam.
4.      Untuk melakukan sujud syukur, hendaklah suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.
5.      Sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam solat kerana ianya termasuk dalam kategori sujud di luar solat. Apabila dikerjakan dalam solat, maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.
6.      Rukun sujud syukur:
i)                    Berniat untuk sujud syukur,
ii)                  Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud,
iii)                Satu kali sujud, dan
iv)                Memberi salam sesudah sujud.
7.      Bacaan ketika syujud syukur:
 (Maksudnya: Telah sujud wajahku kepada (Allah) yang menciptakannya, yang membentuknya dan yang membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta)

8.      Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

No comments:

Post a Comment