Sunday, 8 May 2011

PANDUAN MEMILIH SAHABAT

Dalam kalangan masyarakat kita, terdapat manusia yang mempunyai pelbagi jenis perangai dan kelakuan. Antaranya ada yang berperangai baik dan ada yang sebaliknya. Untuk memilih kawan, kita hendaklah pastikan ianya seorang yang baik.
Maksud baik disini ialah baik dari segi akhlak dan perbuatannya dan ianya seorang yang taat melakukan perintah Allah dan juga seorang yang takut melakukan larangan Allah S.W.T.  Selain itu, ia hendaklah seorang yang sanggup mengajak kita melakukan perbuatan yang baik dan berani pula menegur jika kita melakukan perbuatan yang tidak baik. Jika ia tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, maka hendaklah kita menjauhkan diri daripadanya.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Perumpamaan teman yang tidak baik, bagaikan tukang besi yang membakar besi, jika engkau tidak terbakar oleh percikan apinya, maka akan terkena pula bau busuknya”.  Jelaslah bahawa jika kita berkawan dengan orang yang tidak baik, kita akan menjadi orang yang tidak baik dan susah bagi kita untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan sikap buruknya itu.
Allah mewahyukan kepada Nabi Musa A.W. , maksudnya, “Hai putera Imran, waspadalah selalu dan pilihlah untuk dirimu teman (sahabat), dan tiap teman yang tidak membantumu untuk berbuat taat kepadaKu, maka ia adalah musuhmu”.
Allah berfirman kepada Nabi Daud, maksudnya “Hai Daud, Tiap-tiap kawan yang tidak membantu untuk berbakti kepadaKu, maka itu adalah musuhmu, dan akan menyebabkan keras hatimu serta jauh daripadaKu.
Kesimpulan:
Ciri-ciri Kawan Yang Baik:
a)      Akhlaknya baik,
b)      Perbuatan yang dilakukannya itu baik,
c)      Ia seorang yang taat melakukan perintah Allah S.W.T.,
d)     Ia seorang yang takut melakukan larangan Allah S.W.T.,
e)      Ia seorang yang mengajak kita melakukan perbuatan yang baik, dan
f)       Ia seorang yang sanggup menegur dan melarang jika kita didapati melakukan perbuatan yang tidak baik.
Jika kawan kamu itu tidak memiliki ciri-ciri yang tersebut di atas, maka dia ialah MUSUHMU.

No comments:

Post a Comment